Sunday, September 30, 2007

TUGASAN EXCEL

Mula-mula saya menyediakan senarai nama pelajar seramai 25 orang seperti yang diarah oleh pn.fariza mengikut abjad,kemudian berdasarkan lima subjek iaitu bahasa melayu, bahasa inggeris,sains,pendidikan islam dan geografi saya mula meletakkan markah dan juga gred kepada 25 orang pelajar tersebut. selepas itu,saya mengira markah keseluruhan bagi setiap pelajar. kemudian saya mengira purata bagi setiap subjek.. akhir sekali,saya membina satu graf untuk menggambarkan pencapaian keseluruhan pelajar dalam kelas tersebut.Selepas itu, saya print hasil kerja saya untuk dihantarkan kepada pn. fariza.. ALHAMDULILLAH

TUGASAN PENCARIAN MAKLUMAT PENDIDIKAN DAN PENYELIDIKAN

Setelah didedahkan dengan beberapa enjin pencarian oleh pensyarah saya pn fariza dan beliau telah memberi tugasan kepada saya agar mencari 3 artikel yang diberi berdasarkan enjin pencarian seperti yahoo,google,scholar,dan sebagainya dan juga berdasarkan tajuk-tajuk jurnal yang disediakan oleh pn.fariza.selepas itu,saya pun memulakan proses pencarian artikel berdasarkan tajuk yang disediakan,saya memilih tajuk artikel penggunaan ict dalam pendidikan,penggunaan ict dalam bilik darjah,dan penggunaan ict disekolah berdasarkan jurnal yang disediakan oleh pn.fariza. selepas itu saya print ketiga-tiga artikel tersebut untuk dihantar kepada pn.fariza.

TUGASAN POWERPOINT SHAMSHU87

setelah mendapat tugasan daripada pn.fariza supaya membuat powerpoint mula-mula saya memikirkan tajuk apa yang akan dibincangkan dalam powerpoint saya agar ia menjadi lebih menarik minat para pelajar akhirnya saya memilih tajuk adab memberi sedekah dan memberi hadiah.Bahan rujukan saya ialah buku teks PENDIDIKAN AL-QURAN DAN ASSUNNAH tingkatan 5.Selepas itu saya mencari isi-isi penting yang ingin dimuatkan dalam powerpoint saya,setelah itu saya mengumpulkan semua isi-isi yang telah dipilih.Selepas itu saya memulakan proses penaipan yang begitu lama jugak sebab saya sekarang ni dalam proses asas komputer tapi ALHAMDULILLAH akhirnya dengan izin ALLAH S.W.T saya dapat menyiapkan satu powerpoint..............

TUGASAN PAMPLET SHAMSHU87

setelah saya mendapat tugasan daripada pn.fariza,mula-mula saya memikirkan tajuk yang sesuai untuk membuat sebuah pamplet yang menarik. Setelah memilih tajuk akhirnya saya memilih tajuk kem kecemerlangan spm bagi pelajar tingkatan 4 dan 5.Kemudian saya membuat rangka untuk memudahkan proses menyiapkan pamplet ini. setelah mengumpulkan semua isi yang ingin dimuatkan dalam pamplet saya,saya memulakan proses penaipan yang telah disediakan. ALHAMDULILLAH akhirnya saya dapat menyiapkan sebuah pamplet.

About Me